Monday 4 December 2017

Sedikit itu banyak

Sedikit itu banyak.

Benar bukan? Sedikit itu lama lama akan jadi banyak. Saya ingin menulis tentang usaha tangga kejayaan.

Usaha.

Usaha itu tidak semestinya dan selalunya berakhir dengan kejayaan pantas. Terkadang kita berusaha sangat lah keras dan terus berjalan menuju ke target destinasi tapi selalunya akan ada saja halangan. Dan selalunya bila terjadi halangan itu kita akan tersungur dan mengeluh.

Keluh.

Mestilah kita akan terpanah dengan kesedihan sebab kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan namun dalam masa sama dugaan demi dugaan menimpa. Saya ambil contoh untuk berniaga. Contoh dari sahabat saya yang menjual tepung pelita di sekitar area Puchong.

Pada mulanya berniaga dia hanya buat sekitar 20 bekas kecil sahaja. Seringkali juga customer cancel order, back off buyer dan sebagainya. Maka dia akan bawa kuih jualan yang tidak diambil itu ke tempat kerja dan sedekah pada kawan kawan. Sehingga kami cadangkan dia jual ditempat kerja. Maka dia jual sedikit.

Namun dugaan seterusnya melanda. Beliau punya kuih diambil dan dibeli tapi sentiasa short sebab orang ambil tak bayar. Konsep meniaga situ adalah letak barang dan bekas duit sebab dia sendiri ada kerja lain yang perlu dibereskan. Bayangkan kesedihan hati dia. Saya selalu dengan dia sebut perkataan 'tak apelah', 'sabar jela' namun dalah hati tu saya yakin pasti ada sekelumit rasa terkilan.

Dipendekkan cerita sekarang dah lebih kurang dua ke tiga tahun dia bisnes part time kuih tepung pelita dan sudahkan pun ada pelanggan tetap. Sahabat saya ni dia tak boleh fokus sangat sebab dia ada masalah sakit pinggang dan kerja yang banyak di office serta perlu masuk untuk overtime juga.

Itupun customer dan berbunyi bunyi request chop dan sebagainya. Saya pernah bantu dia siapkan tempahan dalam 200++ bekas. Ya Allah putus nyawa rasa tapi sekelip mata je habis. Kuih dia memang sedap sebab guna bahan berkualiti dan paling penting air daun pandan asli bukan artifical punya ya.

Sehingga kini, secara part time sahaja pun beratus ratus beliau boleh capai dan setiap kali open order memang akan buat tak lebih dari 200++ sebab masalah kesihatan. Cuba bayang kalau dia fokus.

Oh.... cuba bayang kalau dia putus asa?
Dengan 20 bekas kecil yang tidak laku tu kalau dia patah semangat, give up dan fedup? Apa akan jadi?

Sesungguhnya Allah suka hambaNya yang berusaha.

Jika kita sentiasa berusaha untuk sesuatu, jangan mengharapkan hasil yang bedebam bedebum mantop. Kene fikir juga yang Allah maha mengetahui. Dan sedikit kejayaan itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar

Sedikit itu banyak... kan?


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...