Friday 20 October 2017

Kita merancang. Allah juga merancang.

Salam alayk...

Hai semua....salam jumaat untuk semua. Apa khabar kalian harini? Buat apa je? Kerja? Balik kampung? Dok saja?

Hari pagi celik mata je saya dah bersiap sebab mak cakap arini kami makan kat Cheneh pagi. Tudia masuk daerah lain semata nak breakfast kau hado. 😂



Alkisahnya sebab Mamat balik Kuantan so Nina memang ada rumah. Dino jelah yang takde.

Sebabnya Mamat paling suka mi kari tula mak gigih ajak. Nina lak dok batuk kokol tak berenti soa dia follow je. Nak dijadikan cerita....rupanya hari jumaat memang takkan ada mi kari sebab tokey masak laksa lemak Ganu.

Whaaaaat.... 😭

Ok tu emoji khas untuk Mamat sebab dia la kan yang berharap sebab kakak dia ni dok hurhar hurhar menghasut last last mi yang dipuja itu tiada...kesian Mamat. Sorry

Endingnya..

Nina amek Nasi kerabu. Gamba takde.
Mamat amek nasi minyak. Gamba takde.
Lilmon amek Nasi kerabu kosong with chicken. Takde gamba gak.
Abah amek nasi impit kuah kacang. Takde gamba.
Mak amek pulut ikan masih. Ai pun sama.
ohoooo yes.

alhamdulillah rejeki.

So ...

Moral disini adalah apa sahaja kita rancang terkadang bila tidak berlansung mengikut apa dikepala, redha saja. Berserah.
Kita merancang.
Allah merancang.
Allah sebaik perancang.




1 comment:

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...