Sunday 10 September 2017

Alkisah banana uyu a.k.a susu pisang korea

Assalamualaikum semua 💗


Hari ni saya ingin berceloteh tentang susu pisang yang famous yakmat di seantero dunia ( especially kaki korea or kaki travel or kaki suka makanan lah ). Banana uyu nama diberi atau banana milk atau susu pisang ahhh . Satu je nak habaq mai.

SEDAP !
GILER !

Okay kira dua perkataan la pulak. Yes korang yessss....sedap sangat. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan merasa susu pisang ni nyum sangat.

Yang dalam gambo ni susu melon... so melon uyu lah nama dia.. tapi tula da jadi cam maggi lak. Banana uyu gak kebanyakan orang panggil even perisa lain. Sebijik kes maggi la ni. Maggi cintan, maggi sedap...padahal maggi is maggi, cintan is cinta. Eh merapu lak sawwry.


Ha da baca kan merapu sinun... tapi yes dalam gambo tu susu perisa melon. Pada saya tak jauh mana ah rasanya ngan banana uyu. Jap kasi saya godek gambo banana uyu. *shuuuungggg*

HAAAA YANG TU SUSU PISANG... BANANA UYU!! 


haaaa yang ni... adoi lah



Sesungguhnya sedap.
Camne eh nak describe.... dia macam ni la. Susu. If korang semua penggemar susu maka memang sedaplah benda ni. Serius cakap ah. Tapi kalau korang alergik susu or takleh blah, mungkin akan timbul masalah sikit bila minum. Percayalah cakap saya, kenyang wo sebotol ni. Siyes cakap. So antara tips jimat is beli susu banana ni dan makanlah roti skit ke biskut skit ke korang nescaya akan sendawa tahap mega. Unless korang jenis takde nasi pengsan koma. Ahaha.. alaaa da alang2 travel negara orang trylah.

Atau kalau ada kengkawan yang beli, rasa la setitik dua. Ni antara simbolik sesiapa yang melawat Korea tau. Mostly traveller, tourist , backpacker, pelawat dan segala pelancong suka amik gamba banana uyu ni. Simbolik kan. 

So leh bayang lah nape saya banyak gamba banana uyu. Ni baru post skit je. Ahahaha... kang penuh sepenuhnya lak banan uyu korang jeluih nak nengok.

Yang mana tak de rezeki lagi ( but insyaAllah someday pasti korang dapat pergi punye ), anda boleh dapatkan dikedai kedai Malaysia. Tudia cam iklan mende je. Korang boleh dapatkan di beberapa kedai. Yang saya tahu antaranya di Damansara tu area Solaris tu kan. Korean town gak kan...usually memana korean town akan ada kedai runcit korea. 

GRAB AHHHH!

Cuma harga dia tu.... senyum dan istighfar lah ye. Bese ah benda import. 
Tapi saya dengar aritu ada pengusaha lokal buat banana uyu Malaysia. Saya akan cuba dapatkan info and kalau pengusaha tu terbaca, meh la emel saya. Anytime boleh review kan. Support lokal product katanya kan :D


Next time saya akan celoteh lagi tips cari banan uyu murah ke ape ke....

Jumpa lagi. 

Assalamualaikum~👄


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...