Friday, 20 October 2017

Kita merancang. Allah juga merancang.

Salam alayk...

Hai semua....salam jumaat untuk semua. Apa khabar kalian harini? Buat apa je? Kerja? Balik kampung? Dok saja?

Hari pagi celik mata je saya dah bersiap sebab mak cakap arini kami makan kat Cheneh pagi. Tudia masuk daerah lain semata nak breakfast kau hado. 😂



Alkisahnya sebab Mamat balik Kuantan so Nina memang ada rumah. Dino jelah yang takde.

Sebabnya Mamat paling suka mi kari tula mak gigih ajak. Nina lak dok batuk kokol tak berenti soa dia follow je. Nak dijadikan cerita....rupanya hari jumaat memang takkan ada mi kari sebab tokey masak laksa lemak Ganu.

Whaaaaat.... 😭

Ok tu emoji khas untuk Mamat sebab dia la kan yang berharap sebab kakak dia ni dok hurhar hurhar menghasut last last mi yang dipuja itu tiada...kesian Mamat. Sorry

Endingnya..

Nina amek Nasi kerabu. Gamba takde.
Mamat amek nasi minyak. Gamba takde.
Lilmon amek Nasi kerabu kosong with chicken. Takde gamba gak.
Abah amek nasi impit kuah kacang. Takde gamba.
Mak amek pulut ikan masih. Ai pun sama.
ohoooo yes.

alhamdulillah rejeki.

So ...

Moral disini adalah apa sahaja kita rancang terkadang bila tidak berlansung mengikut apa dikepala, redha saja. Berserah.
Kita merancang.
Allah merancang.
Allah sebaik perancang.




Thursday, 19 October 2017

[ Bride to be ] Oh penat

Salam...

Tarikh wedding dah semakin hampir. 9 days tick tock tick tock gitu bunyinya. Kat kepala ni dah macam ladang zombie petik buah je Kecamuk abes.

Cambese bila nak cari tempat merembes airmata dan jujuk jujuk nasihat dan comfort hugs walau secara virtual, saya akan cari Aten dan Jojoe.

Tanpa kata kata manis lemak bak lepat ubi pasar malam ahad Taman Gelora, saya pasti rebah. Eceh..


Aten dan Iwo ( Germany guy)

Aten dan Jojoe, dua dua dah selamat menjadi isteri orang. Jojoe kahwin dulu, beberapa tahun later Aten pulak...pastu next week saya lak.

Jojoe pejam mate 😂


Huk !!!!!

Minggu depan wehh... status akan bertukar. Nebes tak? Sehingga sekarang masih tak berapa nebes pun. Serabut ada. Kepala cam ladang zombie kan.. leh bayang kan zombie walking dead punya aura kusam kelam kelabu... very leweh lah. 😂

Entah lah... benda yang tak patut ada jadi ada dalam kepala memang lah serabut. Sendiri cari serabut. Kesian mak abah dan adik semua serabut sekali..Banyak persiapan saya mereka yang buat.

Ibarat saya lepas tangan....so anak dara sekalian jangan jadi cam saya ye.

Hati ni mula dah bolak balik...kus semangat saiton sedang asyik berzumba menghasut untuk rosakkan majlis, batalkan niat apa semua. Hebat ye hebat.

Pastu banyak lagi dugaan lain wallahi kalau saya senarai rasa nak jelepuk teruih. Dugaan nak mendirikan rumahtangga tu sungguh tak tipu teruk.

Sungguh,
Saya penat.

Wednesday, 11 October 2017

Alkisah online shopping

Salam alayk,,,

Hai semua. Apa khabar, bertemu kita dientri kali ni. Sekarang sudah jam 2:42pm. Kat TV3 tu ada citer 'Diari Cinta Kita'. Alaaa yang si Ayu Raudhah dan Tasha Shilla berlakon sama tu. Saje kill time sambil-sambil tunggu kot ada posmen hantar barang yang ditempah online.

Sebenarnya harini dah masuk 5 hari since saya buat pembayaran untuk belian tudung. Apa jenama dia, saya rahsiakan dahulu sebab saya masih bersangka baik lagi ni even hati dah mula panas. Yelah, mula dulu alasannya phone whatsapp rosak. Kalau setakat balas lewat saya redha lagi sebab kita faham setiap orang ada situasinya.

Saya pun ada la membebel dekat Jojoe dan Aten my closed bff....Jojoe ni business woman so dia kasi opinion dia. Katanya mungkin seller ni sekadar dropship so dia tersepit if real seller lambat apa semua. Maybelah sebab I know that tudung punya HQ... Silap sengalnya is saya tidak order direct kt HQ. Hmm...benda dah jadi.

Cara jawab seller tu bagi saya dengan jawapan bertukar, ayat tak consistent pastu emoji kemain bagai... Ler. Kite sini da abes stress kot dia leh wat emoji 😂 camtu. Tak bagi solution apa semua.

If tak boleh pos, cakap je...terus terang. Jangan bagi fake hope pastu 😂 kan orang. Sebab elok elok saya jenis lek lek lelama panas gak sebab mak saya ulang tanya soalan mana tudung tu. Not good lah camni.

If dia keep it up dengan customer at least kami buyer ni akan rasa tenang. Tak kisah lah berapa jumlah beli tu tapi seringgit pun bukan senang nak dapat.

Saya kecewa sebab ini melibatkan barang mak saye 😭

Semoga semua online seller, janganlah camni. Merosakkan imej seller lain plis.


Yang kecewa,
Mir Mira

Monday, 9 October 2017

Jentikkan Allah

salam alayk

Sebenarnya ni dah kire nak tido dah. Tapi sempat ye sempat ye. 😂



Saje nak berbicara sikit soal takdir, ketentuan. Mesti setiap kita ada target, gol atau harapan yang dicapai. Tapi tak semua akan tergapai dek tangan kita. Apa kalian rasa lepas tu?

Give up kan? biasanya tu benda pertama yang akan setiap manusia lalui. Cuma bezanya ada yang akan terus terbuai dengan perasaan putus asa, ada yang akan bangkit dan atasi.

Iblis memang dah berjanji akam sesatkan umat manusia sehingga kiamat maka diberi kita rasa yang tak enak tu.

Give up.
Persoal takdir Allah.
Tidak yakin dengan Allah.

Fuh bertepuk sakan la iblis tengok manusia kalah dengan perasaan sendiri. Cuba bayangkan sahabat nabi,hatta nabi di zaman kebangkitan mereka. Betapa setiap sirah dan kisah yang kita baca menggambarkan seksanya mereka untuk bertabah demi Allah. Demi islam, demi syuga.

Beza pula kita. Baru hilang kerja rasa dunia berakhir. Baru hilang pasangan rasa tak diri tak guna. Eh cam terbalik lak....takpelah sama je. Baru luka cedera sikit dah mengeluh panjang.

Kawan,
kita baru kene jentik sikit je.
Sebab Allah sayang.

Maka bersyukurlah kerana Allah sayang.

Friday, 6 October 2017

Ada apa dengan Jeju

Salam alayk...
Selamat hari Sabtu everybodeeeeh

Hi salam sejahtera. Yang baca takat ayat ni, saya ucapkan terima kasih sebab baca....dan silalah teruskan membaca eheh.

Saya dapat tahu start lusa penerbangan ke jeju direct akan bermula oleh Airasia X....wah wah wah wah wahhhhh... best kan?

comel jelepuk kecik je pulaunye


Saya tahu ramai kalangan kita yang nak sesangat fly kesana. Jeju ni dah la diiktiraf sebagai one of 7 wonders of the world. Plus, scenery dia untuk yang bukan kaki scenery sangat macam saya pun begitu lah mengujakan apatah lagi lah kalau jenis osem dalam menghayati scenery. Cam korang lah.;)



Saya sering berkongsi citer dengan rakan rakan kaki travel yang ada a few of them dah pijak ke Jeju... saya pula? walaupun dah berkali kali pergi Korea tapi memang Seoul je tempat dituju. Banyak sebabnya..

First, saya memang kaki city...suka tengok building dan teknologi. Even bukan shopping sangat. And saya suka makan...and makan dan terus makan. Seoul ni offer street food punya kemeriahan tiada tolok bandingan kau hado. Jeju mungkin itu bukan kemeriahan yang ditawarkan tapi cantik tahap mega yak lah pulak scenery.

Second... flight KUL-ICN memungkinkan saya landing Incheon and berdezup ke Seoul je berbanding sebelum ni kene landing Busan kalau nak dekat sikit ke jeju or landing je Incheon pastu transit lah naik Jeju Air ke Jin Air ke....fuh.



Sekarang senang dah kan? Now everyone can fly kan kekdahnye. Thank you atas kemudahan. So tak perlu transit bagai dah gaisss.... silakan 💁


Antara perkara best yang saya kira boleh dilakukan dan keistimewaan Jeju adalah :

1. Hallabong.
Sejenis limau mandarin yang sangat istimewa dan sedap giler...saya penah try waktu pergi Seoul.
Kalau korang peminat drama Korea pastu tengok citer My Girl... bukan Oh My Girl ye tapi My Girl yang Kim Daehee dan Lee Dongwook berlakon skali Junki tu... haaa...dalam cite tu banyak tonjol Jeju island.

Ada babak girl tu dok selambar mak enon hijack kebun hallabong orang. Comel je kebun hallabong tu.

Dapnyaaa..


Bolehlah korang majukan diri melawat sini tapi maaf tau info saya kurang pasti sebab saya belum pernah sampai lagi.


2. Hallasan
Sejenis gunung berapi punya tempat...lawa sangat SUBHANALLAH... ye memang ni antara kefamesan dan keindahab Jeju yang selalu disogok sogok oleh Unesco , Korean Tourism dan ramai lagi lah..



Cantik kan....seperti juga Hallabong, Hallasan pun Unesco protection sebab apa yang ada disekitarnya..memang cantik. Dengan jaraknya 1950 dari paras laut,Jeju sememangnye cantik sangat.  Silalah pergi and photoshoot bagai nak rak. Confirm lawa.


3. Haenyo ( mermaid of Jeju )
Okay ni bukan mermaid cam Ariel dalam Disney tu tau. Ni penyelam wanita Jeju yang memang dah jadi culture situ. Wanita wanita tu pula pangkat nenek pun ramai ok betapa gagahnya mereka membelah lautan demi mencari hasil laut.

Jeju mermaid...

Haenyo ni dah jadi antara salah satu punca fames Jeju juga sebab kat Seoul takde makna korang nak nampak ajumma dan halmeoni power cenggini serius ahhh.... Gigih sangat bukan senang ok tahan nafas apa semua...dan muka masih ada sinyum. hukkk...salute !!!

4. Pepantai nan indah...
Ahaaa berlarian di persisir pantai lah sesiapa yang honeymoon kat situ dengan pasangan masing2. Yang takde pasangan boleh je berlari bakar kalori.

Jeju ni banyak naw naw pantai tak padan kecik. Dah nama pun pulau sah sah la dikelilinhi laut ye tak.  Antara pantai yang selalu meniti bibir pelancong adalah Gwakji beach, Hyeopjae beach,Hamdeok beach, Jungmun beach dan sebagainya...banyak lagi tau leh pengsan nak senarai. Pendek kata semua lah cantik.

5. Pemandangan.
Yes ini paling win...ceceruk mana korang gi boleh dikatakan akan menjadikan korang ratu selfie dan photographer instant. Memang lawa...dia ada walking path yang lawa bebenor dipanggil Olle walking.


olle trail

Kat sini sesiapa yang rasa tak larat tu ( seperti saya lah tu tau dah ) bolehlah muhasabah diri sebab Sedangkan di Seoul pun atuk nenek kemain laju panjat tangga apatah lagi disini kan. Orang Korea ni satu bagusnya memang aktif tak kira lah umur. Takde nye lemau cam saya yang masih la kire muda eh eh.


So tu antaranya je tau banyak lagi cuma saja nak kasi surprise takmo wat banyak....plus saya belum lagi sampai so nanti insyaAllah bila saya sampai , entri meroyan saya akan jadi sangat panjang. Jangan pengsan lak.

Semua gamba atas tu ihsan google je. ehehe hwhehe.

Thank you google.


Jumpa lagi dan thank you sebab baca. ♥

Kita merancang. Allah juga merancang.

Salam alayk... Hai semua....salam jumaat untuk semua. Apa khabar kalian harini? Buat apa je? Kerja? Balik kampung? Dok saja? Hari pagi c...